? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

gafim chat

mStar Online:Keluarga Tahu Saya Bukan Gay-Akim

SENARIO dunia hiburan seringkali melemparkan sasaran tohmahan kepada artis baru.Bukan sahaja Nubhan dan Riz bekas pelajar Akedemi Fantasia yang mendapat tuduhan tersebut,malah junior mereka,Akim turut dicop sebagai gay.

Walaupun pernah digosipkan bercinta dengan rakan wanita AF,Akim dikatakan hanya berselindung disebalik cerita cinta tersebut.

Mungkin disebabkan perwatakan sopan dan mempunyai raut wajah lembut membuatkan Akim terus dilabel sebagai bernafsu songsang.

"Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay,saya tak kisah,asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya."

"Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian.Tapi itu tidak bermaksud saya gay."

"Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan,"ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu(AJL) pada 10 Januari ini.

Akim mengakui bahawa dia sering diganggu melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas(SMS) daripada golongan ini terutamanya pada waktu malam.

Selain itu juga gangguan daripada peminat fanatik memberi tekanan kepadanya apabila turut melibatkan keluarganya di Johor.

"Saya memang ada peminat yang betul-betul fanatik dan saya suka mereka kerana mereka semua menghargai saya sebagai penyanyi.

"Tapi saya marah kalau mereka ganggu keluarga saya.Saya tak kisah mereka kacau saya tapi tolonglah jangan ganggu ibu bapa saya,"ujar Akim yang kini turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain.

untuk mengetahui maklumat lebih lanjut,sila layari laman web
http://www.afiqhakim.com/

0 ulasan: